Sunday, October 26, 2008

SELAMAT MENYAMBUT DEEPAVALI

Sekolah Kebangsaan Ladang Kota Bahagia akan bercuti sempena Deepavali pada 27hb Oktober. Sekolah akan dibuka semula pada 28hb Oktober 2008.

Pihak Sekolah Kebangsaan Ladang Kota Bahagia mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI DEEPAVALI kepada semua guru, murid, ibu bapa dan penjaga yang meraikannya.

SALAM AIDIL FITRI 2008



SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI DIUCAPKAN KEPADA SEMUA, SEMOGA LEBARAN KALI INI AKAN MEMBERI SERIBU MAKNA UNTUK DIRI ANDA. BERHATI-HATILAH KETIKA MEMANDU PULANG KE KAMPUNG MASING-MASING. INGATLAH KELUARGA TERSAYANG ANDA DAN MAMPU MENGUBAHNYA.
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI UNTUK SEMUA WARGA SK LDG KOTA BAHAGIA. MAAF ZAHIR DAN BATIN.

RINGKASAN AMALAN DI HARI RAYA

Di hari mulia Syawal ini pula, umat Islam adalah amat digalakkan untuk :-

1) Mandi sunat hari raya sebelum keluar menunaikan solat sunat idil fitri .

Ulama besar Tabien Said Bin Jubayr berkata : "Tiga perkara sunnah di hari raya iaitu antaranya : mandi sunat sebelum keluar solat hari raya".

2) Menjamah makanan sebelum keluar.

Ia berdasarkan hadith dari Anas Bin Malik yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari yang menyebut : "Nabi SAW tidak keluar di pagi hari raya idil fitri sehinggalah Nabi SAW menjamah beberapa biji kurma..."

3) Memperbanyakkan Takbir dan bukan memperbanyakkan menonton TV dan bermain mercun ;

Seharusnya umat Islam jangan terlalu di sibukkan dengan aktiviti persiapan raya sehingga meninggalkan peluang takbir ini. Ini adalah penting bagi syiar Islam selain kalimah Takbir yang dibenci oleh Syaitan. Ad-Dar Qutni melaporkan bahawa apabila Ibn Umar r.a keluar di hari raya Idul Fitri, beliau akan berterusan bertakbir sehinggalah imam keluar untuk mengimamkan solat hari raya.

4) Mengucapkan selamat dan mendoakan antara satu sama lain ;

Tiada masalah untuk menggunakan apa jua kalimah, asalkan ianya mempunyai maksud yang sama. Bagaimanapun, kalimah yang digunakan di zaman baginda SAW adalah "Taqabbalahhu minna wa minkum" ertinya : Semoga Allah menerima amalan ( amalan dan ibadat di Ramadhan) kami dan kamu".

Ertinya : Berkata Wathilah, Aku bertemu Rasulullah s.a.w pada hari raya dan aku katakan pada baginda "taqabballahu minna wa minka", baginda menjawab : Ya, taqabballahu minna wa minka" ( Al-Baihaqi, rujuk perbincangan di Fath Al-Bari, 2/446 )

5) Memakai pakaian terbaik yang ada ;

Walaupun demikian, perlulah mengikut kemampuan dan tiada pembaziran dibenarkan.

Tidak dibenarkan untuk menghina pakaian orang lain yang kurang indah dan mahal (kecuali pakaian seksi dan tidak menutup aurat memang di haramkan di dalam Islam).

6) Menukar jalan ke tempat solat (balik dan pergi) ;

Ia berdasarkan hadith dari Jabir r.a yang menyebut bahawa Nabi SAW biasanya menukar atau berbeza jalan pergi dan pulang apabila di hari raya" (Riwayat Al-Bukhari)

7) Berziarah dan merapatkan hubungan baik sesama Muslim sempena musim cuti yang diperolehi.

RINGKASAN KESILAPAN DI HARI RAYA
Dalam pada masa yang sama, secara amat ringkas saya sertakan beberapa kesilapan kesilapan kerap di musim perayaan :-

1) Sentuhan ; Berjabat tangan di antara lelaki dan wanita secara meluas ketika berziarah rumah jiran dan rakan. Walaupun terdapat perbezaan pendapat para ulama dalam bab ini. Ia lebih baik dijauhi terutama apabila melibatkan pemuda dan pemudi.

2) Aurat & Ipar ; Ipar duai yang tidak menjaga aurat di antara satu sama lain ketika berada di dalam rumah. Seperti adik ipar perempuan tidak menutup aurat di rumah sedangkan abang iparnya berada di rumah. Termasuk juga, tidur secara terbuka di ruang tamu tanpa menutup aurat, sehingga membolehkan abang ipar atau adik ipar lelaki melihat aurat yang terdedah.

3) Wangian Wanita ; Kaum wanita memakai wangian dan solekan ala artis di musim perayaan lalu keluar dari rumah mendedahkan diri mereka kepada lelaki bukan mahram.

4) Pakaian Wanita ; Pakaian yang mendedahkan susuk tubuh dengan sempit dan nipisnya lalu bertandang ke khalayak ramai.

5) Kubur ; Berkumpul beramai-ramai di kubur hingga duduk di atas kubur orang lain dengan alasan untuk membaca Yasin yang agak panjang dan meletihkan jika berdiri. Larangan ini disebut jelas di dalam mazhab Syafie sebagai dihurai oleh Imam Khatib As-Syarbini, malah bersandar kepadanya juga dilarang ( Mughni Al-Muhtaj, 1/354 ; Minhaj at-Tolibin)

6) Meninggalkan solat ; kerana terlalu sibuk beraya di sana sini.

7) Dosa Bertempoh ; Kembali melakukan dosa yang ditinggalkan di bulan Ramadhan. Malah memang sebahagiannya diniatkan untuk disambung selepas Ramadhan. Sebagai contoh, ada yang menangguhkan pergaduhan di Ramadhan, maka syawal bolehlah bergaduh kembali. Syawal dijadikan tempat lambakan maksiat berdating, bersyahwat melalui telefon dan 'chat', berjalan jauh berdua-duaan dengan teman wanita dan lain-lain. Hancurlah seluruh kebaikan yang baru hendak sebati dengan hati, sudah dibuangnya jauh-jauh.

Terlalu banyak lagi senarainya, bagaimanapun cukuplah terlebih dahulu apa yang dicatatkan. Semoga ada manfaat.

Selamat Hari Raya Idil Fitri, maaf zahir batin...................

Tuesday, August 12, 2008

Selamat Menghadapi Peperiksaan

Semua pelajar SKLKB mula menghadapi peperiksaan pada hari ni 12 Ogos 2008 sehingga 14 Ogos 2008...

Semoga berjaya!!!!!

Thursday, July 31, 2008

Selamat Menyambut Israk Mikraj 2008


27 rejab 1429 h / 30 julai 2008 ( RABU)

Peristiwa Israk Mikraj

Kata "isra" berasal dari bahasa Arab yang ertinya perjalanan malam hari.
Sedangkan menurut istilah, isra adalah perjalanan Nabi Muhammad saw. pada waktu malam hari dari Masjidilharam di mekah ke Masjidilaqsa di Baitul Maqdis.

Kata "mikraj" juga berasal dari bahasa bahasa Arab, yang ertinya naik ke atas.
Menurut istilah, mikraj adalah adalah perjalanan Nabi Muhammad saw. dari masjidilaqsa ke Sidratul Muntaha pada waktu malam hari yang tujuannya menerima perintah Solat 5 waktu.


Pada malam itu Allah memerintahkan Malaikat Jibril membelah dada Nabi Muhammad dan mencuci hati baginda dengan menggunakan air zam-zam.

Nabi ditemani Malaikat Jibril dan binatang yang menjadi kenderaan Nabi pada malam itu yang dikenali sebagai Borak. Peristiwa ini berlaku pada tahun kesebelas dari kenabian.

Israk dan Mikraj merupakan salah satu dari mukjizat Nabi Muhammad selain dari Al-Quran. Peristiwa Israk Mikraj berlaku dalam Bulan Rejab setiap tahun iaitu bulan ke tujuh dalam Islam.





Sunday, July 27, 2008

j-QAF SK. Ladang Kota Bahagia

What is j-QAF Program?

The letters of the j-QAF educational program stand for the Malay language (Jawi), the Noble Qur’an (Q), the Arabic Language (A) and the Islamic obligatory duties, Forood (F).

“The program letters stand for four integrated pillars to build a Malaysian character in accordance with an Islamic vision that catches up with tools of the modern age.”

“The letter “J”, referring to the Malay language (Jawi), stands for the Malaysian heritage,” he said.

He added that such efforts mainly aim at reviving the Islamic heritage and history written in the Malay language.

“The letter “Q” refers to the Noble Qur’an to be taken as a way of life, the letter “A” stands for the Arabic language as the main tool to understand the Islamic Textbook, while the letter “F”, referring to the Islamic obligatory duties (Forood), urges to pay utmost attention to the Islamic duties in all fields.”

To render the program a success, the Malaysian government has launched a parallel project to train teachers to be qualified to implement the program in all educational grades, according to Ahmad.

To realize this end, the Malaysian education ministry had appointed around 30,000 teachers to help implement the program.

In SK Ladang Kota Bahagia, j-QAF was introduced in year 2008.

Hari Sukan Sekolah 2008

Acara Merentas Desa



Acara Lompat Tinggi


Penyampaian Hadiah Oleh Guru Besar


Acara Tarik Tali Lelaki

Perbarisan Rumah Sukan

Sekolahku Kebanggaanku


SEJARAH SEKOLAH

Pada peringkat awalnya, Kota Bahagia yang dikenali sebagai Bandar 14, adalah kawasan hutan yang tidak didiami orang dan hanya terdapat beberapa buah kampong tradisional seperti Kampung Alai, Kampung Meripoh, Kampung Samak dan Kampung Lubuk Batu yang didiami oleh beberapa keluarga sahaja.

Kemudahan asas seperti api, air, jalanraya, sekolah dan sebagainya tidak ada. Kanak-kanak yang hendak bersekolah terpaksa pergi ke Sekolah Kebangsaan Kampung Aur, Bukit Ibam yang terletak kira-kira 40 km dari Kota Bahagia.

Perbadanan Ladang Tabung Haji membuka ladang kelapa sawit di sini dan membawa masuk ramai pekerja-pekerja dari luar. Oleh kerana anak-anak pekerja ladang memerlukan pendidikan sementara sekolah yang ada jaraknya terlalu jauh, Perbadanan Ladang Tabung Haji telah memohon kebenaran dari Jabatan Pelajaran Negeri Pahang untuk mendirikan sebuah sekolah di Kota Bahagia, di mana pihak Perbadanan bersetuju menyediakan bilik darjah dan kelengkapan yang lain.

Sekolah ini telah dibuka pada 01 Januari 1975. Pada peringkat awal 2 buah bangunan yang berdinding papan dan beratap zink telah dibina oleh Perbadanan Ladang Tabung Haji. Sekolah ini dikenali sebagai Sekolah Kebangsaan Bandar 14. Jumlah pelajar pada waktu itu seramai 40 orang dengan 4 orang tenaga pengajar. Dari setahun ke setahun bilangan pelajarnya telah meningkat dan pada tahun 1978 bilangan pelajarnya telah meningkat kepada 213 orang dengan 10 orang tenaga pengajar.

Pada tahun 1980 Jabatan Pelajaran Negeri Pahang telah membina bangunan baru bagi menampung bilangan pelajar yang semakin ramai. Pelajarnya datang dari Ladang Kota Bahagia serta kampong tradisional di sekitar ladang ini iaitu Kampung Merepoh, Kampung Lubok Batu dan Kampung Tenggalong. Pada tahun 1983 bilangan pelajarnya seramai 356 orang, 16 orang guru dan 2 orang pekerja.

Mereka yang bertanggungjawab menubuhkan sekolah ini pada peringkat permulaan, terdiri daripada 4 orang jawatankuasa bertindak iaitu:

En Mohd Yunus bin Mohd Aris - Pengurus Ladang Kota Bahagia

En Abdul Rahman bin Sentul - Wakil penduduk Kota Bahagia

Tn Haji Yusof bin Said, PJK. - Ketua kampong Lubuk Batu

En Salleh bin Musa - Wakil Penduduk Kg Lubuk Batu.


Pada 01 Mac 1985 sekolah ini diistiharkan dengan nama baru iaitu Sekolah Kebangsaan Ladang Kota Bahagia, Pahang Tenggara.

Senarai nama Guru Besar yang pernah berkhidmat di SK Ladang Kota Bahagia:

i. Ahmad Razali bin Jambul 1975

ii. Abd Latif bin Andak 1979

iii. Mohd Sood bin Abd Ghani 1981

iv. Abd Hamid bin Ismail 1984

v. Abd Rahman bin Kemat 1987

vi. Leman bin Hassan 1995

vii. Mohd Karim bin Basiran 1998

viii. Hjh Fauziah bt Hj Samsudin 01.10.2002

ix. Mohd Nor bin Abu Bakar 01.11.2004

x. Shahrin bin Abd Manan 01.03.2005

xi. Abdul Jallil bin Abdul Aziz 01.11.2007

Motto / Cogan kata Sekolah

ILMU MEMBAWA BAHAGIA

Visi Sekolah

CEMERLANG DALAM AKADEMIK,
KURIKULUM DAN BINA INSAN

Misi Sekolah

  • MENCAPAI 100% MENGUASAI SEMUA MATAPELAJARAN
  • MENCAPAI 20% KUALITI 5A
  • MEWAKILI DAERAH ROMPIN DALAM KOKURIKULUM
  • MELAHIRKAN MURID YANG BERDISPLIN DAN BERAKHLAK MULIA

Objektif sekolah

  • Meningkatkan kualiti keinsanan dan kesempurnaan.berasaskan pegangan agama.
  • Meningkatkan keyakinan diri, proaktif dan sentiasa meningkatkan potensi diri.
  • Meningkatkan kecemerlangan kurikulum.
  • Meningkatkan kecemerlangan keceriaan.
  • Mewujudkan sistem pengurusan dan pentadbiran yang bersistematik dan berkesan.
  • Meningkatkan kemahiran merancang dan mengurus masa serta teknik belajar yang strategik dan berkesan.

Falsafah Sekolah

Semua murid mempunyai potensi untuk menjadi manusia yang berilmu dan bersasiah mulia. Melalui pendidikan yang berkesan dan bimbingan yang berteraskan keutuhan diharap dapat melahirkan pelajar yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani

Lagu SKLKB

Lagu Sekolah

Bersama hasrat yang suci dan mulia
Menjunjung cita negara
Untuk berbakti di hari muka
Berjaya maju berjasa

Dengan slogan pegangan kita semua
Ilmu membawa bahagia
Berusaha kita demi untuk negara
Tekun usaha tetap berjaya
Berbagai kaum, berbilang bangsa
Berpayung disatu naungan
Menimba ilmu pelita diri
Di sekolah yang mulia ini

Ke arah prestasi kecemerlangan
Ikrar dan janji kami
Untuk berbakti jasamu dikenang
Majulah maju SKLKB